Tentang Kami

Tentang kami;

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pada pelanggan dan pengunjung yang dihormati,
Saya merupakan ibu pada 2 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Menjahit hanyalah sebagai hobi di kala ada masa lapang sambil-sambil boleh menenagkan fikiran :), ya saya minat menjahit tu yang boleh menenagkan fikiran sambil menjahit , release tension kata orang :) ,

Oleh kerana saya mempunyai anak perempuan yang sedang membesar, aktiviti membeli pakaian adalah kemestian setiap bulan. Anak kedua suka pakai gaun, tapi bila mengenangkan harga gaun yg menghampiri ratus sehelai itu, malas umminya nak melayan. Tapi yg jadi masalah anak suka baju pakai baju yg ala-ala anggun gitu :) so tu yg why not ummi nya jahit kan skirt

sebenarnya ada sebab lain juga selain untuk menampakkan anak-anak ni comel dan sambil belajar menutup aurat - sebab skirt yg labuh (hehehe ) . Akan tetapi saya nampak kalau anak-anak perempuan yg masih membesar ini (maksudnya yg dalam lingkungan 2, 3 tahun hingga ke 6 tahun ni...problem utama ialah pegi tandas awam (masa jalan2, kalau di rmh biasa ja xde org nampak pun), susah bagi mereka nak mencangkung guna seluar (ingat anak2 perempuan ya bukan lelaki) kalau pakai skirt, gaun , dress or baju kurung yg bukan sama dengan seluarlah gamaknya mereka mudah selak saja, dan takdelah isu basah bagai, seluar jeans payah nak lipat dsb :) .

so ibu-ibu sekalian, ni lah tujuan utama buka blogshop skirt utk si comel ni :) . D samping itu saya juga menjahit untuk tujuan amal (Charity purpose) yang mana beberapa persen daripada hasil belian pelanggan akan saya dermakan ke persatuan kebajikan Csos Charity yang merupakan persatuan bedaftar di Sabah yg banyak melaksanakan aktiviti amal dan sumbangan kepada mereka yang memerlukannya (org miskin, anak-anak yatim dan terkini mereka mengadakan Jualan amal Untuk sumbangan ke GAZA pada 22 Disember ini :). Jadi kita sama-sama beramal ya para pelanggan yang dikasihi sekalian :) . Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini :).